PRODUK




BLACKGOLD BIO ADDITIVE :

Asalnya bioaditif diilhamkan pada tahun 1991 kini 2014 iaitu 23 tahun, Pengasas (melayu) bersama dua Prof. dari cina dan jepun. Mereka lakukan R&D dari tahun 1991 berkenaan kebaikan minyak sawit. Mereka bertiga berusaha melakukan kajian, bagaimana kos minyak dapat dijimatkan semaksima disamping daya pecutan dan ketahanan serta jangka hayat enjin ditingkatkan. Dengan teknologi bio nano dari German dan campuran minyak sawit tulin dengan 18 jenis bahan aditif terhasillah Blackgold Bio Additive.
 
Mereka hantar bioaditif ini ke SIRIM BHD tahun 2001 bagi memastikan keberkesanan dari segi penjimatan minyak dan penjagan enjin. Setelah ujian di jalankan, alhamdulillah hasil dari Ujian SIRIM mengesahkannya.  Sahabat Pengasas, Prof dari cina bawa bioaditif ni ke cina untuk ujian makmal. Alhamdullilah, orang cina sambut baik bioaditif ini. Kemudian Pengasas hantar ke Singapura untuk ujian makmal di NOVO, Keputusan NOVO pun mengesahkan kebaikannya, semua bahagian dalaman enjin yang guna bioaditif ini hasilnya amat menakjudkan. Selepas itu, Pengasas hantar ke Universiti Kuwito, dan hasilnya keputusan yang sama dengan NOVO Singapura. Pengasas masih tidak puas hati , kemudian hantar bioaditif untuk ujian EURO4 di Singapura. Keputusan yang cukup luar biasa, Pengasas mengeluarkan kos untuk R&D sahaja RM8 juta.
 
Kemudian mereka mengambil insuran, produk liability RM2.5 juta dari AIG Malaysia Insurance Berhad. Ini adalah untuk membuktikan produk ini terbukti terbaik sebab bukan senang nak dapat insurans tanpa lapuran makmal.  Kilang kini berkemampuan membekalkan 1 ribu kontena sebulan bioaditif. Ini serba ringkas sejarah bioaditif ini
 
RM10 SEBOTOL
SEBOTOL DICAMPUR DENGAN 50 LITRE PETROL / DIESEL. (RM100)


FUNGSINYA :

PENJIMATAN BAHAN API

Dalam keadaan normal, bahan api tidak akan mengalami pembakaran secara menyeluruh dan ketidaksempurnaan pada waktu pembakaran akan meninggalkan sisa mendapan  bahan api yang tidak terbakar lengkap serta menghasilkan kepulan asap yang bertoksid (hidrokarbon). Ini akan mencemarkan alam sekitar dan juga mengakibatkan  terbentuknya karbon pada enjin di mana mengurangkan kuasa dan keupayaan enjin. Penggunaan Blackgold Bio Additive akan menyebabkan proses pembakaran bahan api yang sempurna dan efisien di mana tiadanya sisa bahan api yang tertinggal. Ini  menjimatkan penggunaan bahan api dan mengembalikan keupayaan enjin. Secara keseluruhan, pengguna melaporkan bahawa terdapat penjimatan bahan api sehingga 50%.

MENINGKATKAN KUASA DAN KEUPAYAAN ENJIN

Pembakaran yang efisien bermakna penggunaan bahan api yang efisien dan ini menambah/mengekalkan fungsi keupayaan enjin. Ujian membuktikan penggunaan Blackgold Bio Additive  akan menambahkan kuasa kuda (horsepower), kekuatan tenaga pusingan enjin (torque) dan kuasa pecutan tanpa memberi kesan sampingan, seperti kenaikan suhu enjin,  kebisingan enjin dan kurang ketahanan enjin (wear and tear). Disebaliknya, Blackgold Bio Additive memberi perlindungan kepada enjin dalam jangkamasa yang panjang.
 
MENGURANGKAN KOS PENYELENGGARAAN DAN MELANJUTKAN USIA ENJIN

Penggunaan Blackgold Bio Additive terbukti memberi keuntungan jangka panjang dari segi kos penyelenggaraan dan kos pembaikan yang tinggi. Ini disebabkan oleh keunikkan kandungan 55% sari pati sawit tulin dan 45% 18 bahan aditif yang di formulasi dengan teknologi nano dari German, yang sentiasa membersih dan melincirkan  komponen dalaman enjin. Komponen dalaman yang mendapat manfaat ialah saluran bahan api, alat penuras minyak, karburator, palam pencucuh, injektor dan lain-lain komponen enjin agar lebih tahan lama. Pembersihan komponen enjin dapat mencegah terkumpulnya karbon dan mampu membuang sisa karbon yang secara langsung mengurangkan kuasa dan keupayaan enjin. Hasilnya, kuasa kuda dan kekuatan tenaga pusingan enjin kembali seperti sediakala. Penggunaan yang berterusan, kandungan Blackgold Bio Additive yang memiliki struktur molekul yang kecil mulai menutupi ketidaksempurnaan permukaan logam pada enjin dan melitupi seluruh komponen-komponen yang bergerak. Hasilnya, enjin mulai bergerak dengan lebih lancar sehingga mengurangkan kehausan dan kepanasan yang berlebihan. Keupayaan enjin dan efisiensi enjin semakin meningkat setelah penggunaan berterusan di mana enjin berfungsi dengan suhu yang lebih rendah dan bergerak lebih lancar tanpa sebarang gegaran.

MENGURANGKAN KEPULAN ASAP YANG MERBAHAYA


Blackgold Bio Additive adalah cara mudah dalam mengurangkan pencemaran udara. Kandungan minyak tersebut menyebabkan terjadinya pembakaran yang sempurna dan lebih optimum yang mana mengurangkan kepulan asap toksik yang merbahaya. Blackgold Bio Additive adalah produk yang tidak toksik, tidak berbahaya dan bebas dari carcinogens (segala sesuatu yang menyebabkan kanser). Dibuat dari minyak sawit tulin, bukan dari bahan petroleum dan terbiodegradasikan (boleh dihancurkan oleh bakteria atau organisma lain). Blackgold Bio Additive adalah bersih dan selamat untuk pembakaran, mengurangkan kepulan asap tanpa wujudnya mendapan karbon pada ekzos dan 99.999% tiada abu pada waktu pembakaran bahan api.

Apabila Blackgold Bio Additive dicampur dengan bahan api, kepulan asap pada ekzos terbukti berkurangan lebih dari 80%. Lain-lain kandungan gas pada asap yang berkurangan ialah hidrokarbon (HC), Nitrogen Oxides (Nox), Karbon Monoksida (CO), Particulate Matter (PM) dan berbagai jenis gas-gas berbahaya terhasil dari proses pembakaran yang tidak lengkap.Penggunaan Blackgold Bio Additive merupakan cara yang mudah, cepat, selamat dan kos efektif dalam mengurangkan pencemaran udara yang diakibatkan oleh kenderaan dan industri-industri yang menggunakan bahan api yang banyak. Dengan Blackgold Bio Additive tidak perlu peralatan yang mahal, serta pemasangan atau pengubahsuaian yang rumit untuk mengelakkan pencemaran udara.







No comments:

Post a Comment